Profil Syarikat




Pemasaran merupakan salah satu elemen yang penting dalam meningkatkan jualan sesebuah produk dan perkhidmatan. Ia dizahirkan menerusi pelbagai medium seperti produk percetakan (Bisnes Kad, Flyers, Brochure, Banner, Banner & lain-lain).

Maka, FJ Print telah ditubuhkan di bawah syarikat FJN (Faris Janit Network, no pendaftaran 002093057-U) dengan bertujuan untuk membantu menyediakan perkhidmatan percetakan 'senjata pemasaran' anda disamping mengekalkan mutu rekaan grafik dan kualiti produk pada harga kompetitif.

Malah, pihak FJN kerap menerima tempahan daripada badan bukan kerajaan, syarikat swasta, dan persendirian. Dengan berprinsipkan "Kualiti Keutamaan Pelanggan", tempahan dijamin memberi kepuasan kepada pelanggan, walaupun FJN beroperasi 100% menerusi online, seiring dengan kemajuan teknologi.


VISI Syarikat:

Menjadi sebuah syarikat Bumiputra yang unggul serta mampu memenuhi keperluan semasa dalam industri pencetakan dan perkhidmatan grafik.


MISI Syarikat:

Membantu meningkatkan jualan produk/perkhidmatan syarikat pelanggan kami dengan menawarkan perkhidmatan grafik design dan bahan pencetakan yang berkualiti.


Objektif Syarikat:

  1. Menyediakan perkhidmatan yang mampu memberi kepuasan pelanggan menerusi kualiti design dan bahan percetakan.
  2. Sedia memberi khidmat nasihat pelanggan berkenaan konsep yang sesuai untuk konsep "Corporate Identity" syarikat pelanggan kami.


Tempah sekarang produk pilihan anda, dan miliki konsep rekaan grafik kami yang memenuhi kehendak anda.